Cara Mengubati Kayap Secara Semulajadi dan Berkesan

Posted on

Cara Mengubati Kayap – Kayap (herpes zoster) adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (VZV). Kayap disebabkan ketahanan sistem imun yang lemah kerana perlbagai sebab seperti umur yang semakin meningkat (diatas 50 tahun), jangkitan HIV dan kesan ubat-ubatan. Ia menyerang urat saraf di satu bahagian badan dan menyebabkan keradangan saraf.

Kayap lazim menjangkiti badan di bahagian dada dan muka. Tanda-tanda penyakit kayap adalah rasa sakit, demam, keletihan, sakit kepala, ruam merah, kebas dan panas di bahagian yang terlibat. Simpton tersebut dialami sebelum kayap muncul, dan ia lazim dialami pesakit selama 3-5 hari. Daripada anda bingung bila terjangkiti kayap, berikut ini saya kongsikan cara mengubati kayap secara semulajadi dan berkesan.

cara mengubati kayap

Cara mengubati Kayap

  • Daun lada dan kapur makan

Tumbuk atau ramas daun lada dan campurkan sedikit kapur makan. Sapukan campuran ubat tersebut di bahagian yang terkena kayap. Lakukan cara ini sehari 2 kali hingga kayap memudar dan baik dalam beberapa hari.

  • Daun pokok duit

Tumbuk daun pokok duit hingga hancur. Ambil daun dan air perahannya kemudian ditekap pada bahagian badan yang terkena kayap. Bengkung semalaman.

  • Daun delima

Tumbuk daun delima hingga lumat dan campurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi). Letakkan pada bahagian yang terkena kayap. Lakukan cara ini selama 3 hari hingga kering. Petua ini dilakukan untuk kayap yang setompok. Kulit badan yang sudah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri supaya tidak kembali merebak.

  • Daun melur

Ambil pucuk daun melur, pucuk daun buah belima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Tumbuk semua bahan dan campurkan dengan bedak sejuk, kemudian bancuh pekat. Sapukan pada kayap, lakukan setiap hari selama 2-3 jam sekali hingga membaik.

  • Garam bukit

Ambil sedikit garam bukit dan campurkan dengan sedikit air. Biarkan garam bukit separuh larut dan sapukan di bahagian terkena kayap. Lakukan petua ini 2 kali sehari di masa pagi dan malam hari.

  • Pokok keladi candik

Ambil sebatang pokok keladi candik / keladi merbah, keluarkan air dari pokok keladi tersebut. Sapukan air tersebut pada kawasan yang dijangkiti kayap. Anda sudah boleh tengok kayap sudah mengering, anda boleh mengopek kayap tersebut seperti mengoyak plastik.

Selain mencuba cara mengubati kayap diatas, anda sebaiknya juga ikuti beberapa pantang larang ketika sakit kayap seperti tidak boleh makan makanan berminyak, tidak boleh kena sabun, tidak boleh makan buah / sayur yang menjalar, dan tidak boleh makan makanan yang menyebabkan gatal (seperti seafood, ayam, telur). Apabila tidak lekas sembuh sepenuhnya, jumpa doktor supaya mendapatkan ubat makan dan ubat sapu yang sesuai untuk anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *