Jenis-Jenis Sakit Kepala dan Ciri-Cirinya

Posted on

Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala yang telah menjadi satu masalah kesihatan paling lazim berlaku kepada semua orang dan paling banyak jenisnya. Anda mungkin sering merasa sakit kepala kerana terlalu banyak pekerjaan atau masalah. Beberapa sakit kepala juga disertai dengan rasa mual sehingga berkemungkinan mengganggu aktiviti harian anda. Setiap sakit kepala yang anda alami mempunyai kesannya tersendiri. Jangan pandang remeh kesan tersebut kerana dapat memberi kesan terhadap tubuh badan lain.

Jenis-Jenis Sakit Kepala dan Ciri-Cirinya

Ada banyak laman blog yang telah membincangkan pelbagai jenis sakit kepala beserta ciri-cirinya. Berikut ini adalah jenis-jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.

jenis-jenis sakit kepala

1. Sakit kepala disebabkan ketegangan

Jenis sakit kepala ini biasanya dirasi di belakang kepala dan leher. Sakit kepala ini boleh menyerang bila-bila masa. Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu tekanan kuat, tetapi jarang berdenyut dan tidak disertai dengan demam. Anda mungkin akan merasai sakit yang berlarut hingga beberapa hari atau beberapa minggu dengan masa lega yang singkat diantara serangan. Sakit ini juga berlaku pada wanita yang haid. Tidur dan rehat sekejap dapat melegakan sakit kepala kerana ketegangan.

2. Sakit kepala migrain

Sakit kepala jenis ini berlaku kerana saluran darah dalam kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Sakit kepala migrain dirasai hanya disebelah bahagian sahaja, tetapi boleh jadi merebak ke seluruh kepala pada satu masa. Sakit kepala ini semakin teruk kerana berdenyut-denyut dan berlarutan hingga beberapa jam tetapi jarang melebihi dua hari. Sakit boleh menjadi lebih teruk apabila disertai dengan rasa loya dan muntah-muntah.

3. Sakit kepala disebabkan keradangan sinus

Sakit kepala ini biasanya bermula semasa demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks. Anda akan merasai sakit kepala yang tertumpu pada satu kawasan tertentu di muka atau kepala. Sakit akan menjadi lebih teruk apabila disertai batuk, bersin, menggerakkan kepala secara tiba-tiba, pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak dan musim sejuk. Sakit ini hanya menyerang dalam waktu singkat.

4. Sakit kepala bertumpu

Jenis sakit kepala ini hanya meliputi sebelah bahagian kepala dan dibelakang mata. Sakit ini sering berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur. Sakit ini boleh berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata berair. Sakit kepala hanya terjadi dalam tempoh 5-10 minit tetapi dapat juga berlarutan hingga beberapa jam.

Itulah jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya yang perlu anda ketahui. Ada pelbagai faktor lain yang dapat menyebabkan sakit kepala, seperti demam, terlalu sedikit atau banyak tidur, makan makanan pemanis tiruan, dan kecederaan kepala. Ada baiknya sebelum berjumpa doktor, anda sudah mengetahui penyebab sakit kepala anda untuk mendapatkan ubat yang tepat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *