Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Posted on

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas – Hari ini saya akan kongsikan satu masakan ayam yang rasanya manis tetapi pedas. Lauk pauk yang biasa saya masak adalah lauk harian yang mudah dimasak, seperti ikan kembong, sup ayam, dan ayam masak kicap yang akan saya kongsikan pada hari ini.

Ayam masak kicap pedas ini sangat simple buatnya. Ia sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anak yang suka rasa manis pedas. Masakan ini sangat praktikal disediakan di kala cuti sebab bahan yang digunakan sangat simple dan memasaknya pun mudah.

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

resepi ayam masak kicap pedas

Saya telah menulis rendang ayam minang. Ia memang menjadi satu masakan popular dari minang dan menjadi hidangan permulaan di hari puasa untuk stock sahur. Tapi semasa tinggal di apartment saya masak ayam masak kicap pedas semasa bercuti. Puas dengan makanan laut, saya sekeluarga masak sendiri supaya lebih jimat dan lebih sedap.

Jom kita layan resepi ayam masak kicap pedas di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • Ayam – lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/benggala – hiris
  • 1 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
  • 1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
  • Daun sadri/daun bawang – hiris
  • Susu pekat manis
  • Lada hitam – tumbuk kasar
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga

Bahan Sos

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 labu bawang besar

Cara Masak Ayam Masak Kicap Pedas

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam bersama ubi kentang goreng. Gaul seketika sebelum tutup api.

Mudah je kan resepi ayam masak kicap pedas yang telah saya kongsikan? Walaupun lauk pauk orang kampung, tidak semua orang pandai memasak walaupun ada banyak resepi di majalah dan buku masak. Begitu juga dengan ayam masak kicap pedas. Sebelum dihidangkan, anda boleh tabur sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *