Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai

Posted on

Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai – Hari ini saya akan kongsikan satu resepi tomyam yang sedap dan simple buatnya. Mula-mula memang malas nak masak, tapi anak-anak dah lapar sangat. Terfikir lah nak masak apa yang cepat dan mudah. Yang ada kuah panas kerana malam ni dingin sangat. So, teringat lah tomyam ayam pekat ala thai.

Sebenarnya saya dah lama simpan cara memasak tomyam ayam ala thai, hanya baru ini saya boleh kena share disini. Rahsia tomyam ayam pekat ni terletak pada perencah tomyam yang ditumis. Resepi ni memang lain sikit daripada orang lain kerana saya letak susu cair.

Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai

Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai

Kemarin saya sudah menulis ayam masak kicap pedas. Ia menjadi masakan ayam yang sesuai untuk masa bercuti. Tomyam ayam pekat ala Thai ini cepat dan simple buatnya. Untuk bahan perencah, saya syor 100% daripada Thai. Pastikan produk yang anda makan halal semestinya untuk nak dimakan sekeluarga.

Jom kita layan resepi tomyam ayam pekat ala Thai di bawah ini.

Bahan Buat Pes Tomyam

  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan – bakar
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara Buat Pes Tomyam

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Tumis semua bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga menjadi pes tomyam.

Bahan Bahan

  • Ayam – potong kecil
  • Makanan laut (udang, sotong, lala)
  • 1 labu bawang besar-di potong 6
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 inci lengkuas – di ketuk
  • 2 batang serai – di ketuk
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 ketul kiub tomyam
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji buah tomato – belah 6
  • 2 biji limau nipis
  • 6 biji cili padi-di ketuk
  • 3 sudu besar susu cair (tak bubuh)
  • Garam
  • Daun ketumbar

Bahan Sayur Sayuran

  • Bunga kubis
  • Karot
  • Cendawan
  • Putik jagung

Cara Masak Tomyam Ayam Pekat Ala Thai

  1. Rebus ayam selama beberapa minit.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, cili padi, daun limau purut dan lengkuas.
  3. Masukkan sotong dan udang (boleh masukkan makanan laut apa apa yang disukai). Biarkan seketika.
  4. Bila dah sebati mendidih, masukkan semua bahan sayur sayuran.
  5. Masukkan pes tomyam yang dah dibuat di awal, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
  6. Tutup api dan masukkan susu cair dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan siap dihidangkan.

Mudah je kan resepi tomyam ayam pekat ala Thai yang telah saya kongsikan diatas? Saya dulu pernah buat tom yam melayu yang dicampak campak jer ke dalam kuali. Tapi sekarang saya lebih suka buat tom yam Thai. Senang jer ceduk beberapa sudu kuah pekat dan masukkannya ke dalam periuk dengan bahan bahan lain. Hidangkan tomyam semasa masih panas panas. Lebih sedap.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *