Tempat Menarik di Kelantan Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Kelantan – Kesetiaan Kelantan pada warisan budaya menjadikan ia negeri yang kaya dengan tradisi dan adat resam lama. Hasil seni dan kraf tangannya adalah satu di antara yang terbaik di Malaysia. Kelantan juga memiliki landskap yang indah, terdiri daripada perkampungan Melayu dan kecantikan alam semula jadi. Kelantan boleh anda masukkan sebagai satu destinasi yang mesti dikunjungi saat musim cuti tiba. Dan inilah senarai tempat menarik di Kelantan yang terbaik untuk percutian dan pelancongan┬ákeluarga.

Tempat Menarik di Kelantan

Gunung Stong

gunung stong

Gunung Stong adalah satu tempat terkenal bagi pecinta alam semula jadi. Anda boleh menikmati flora dan fauna yang belum tercemar daripada pembangunan. Sebelum anda mencapai puncak Gunung Stong, anda boleh melawati Air Terjun Jelawang yang dikatakan sebagai air terjun berlata tertinggi di Asia Tenggara. Tidak jauh daripada Air Terjun Jelawang, ada beberapa destinasi menarik lain seperti Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung. Keindahan alam semula jadi dan udara yang menyegarkan, disulami dengan derungan air terjun yang mengalir memberikan suasana ketenangan dan kesegaran.

Taman Negara Kuala Koh

Taman Negara Kuala Koh

Anda yang suka dengan pemandangan flora dan fauna yang terpelihara, anda mesti melawati Taman Negara Kuala Koh. Pondok pemerhati pelbagai haiwan liar dapat anda lihat di sekitar taman ini. Di sini terdapat denai hutan, laluan kanopi dan penempatan orang asli.

Gua Ikan, Dabong

gua ikan

Komplek Gua Ikan merupakan satu ikon eko-pelancongan di Dabong. Terdapat pelbagai rahsia khazanah alam tersimpan disini. Difahamakan bahawa gua disini telah berusia 150 juta tahun. Gua ini juga berderkatan dengan pelbagai gua lainnya, seperti Gua Pagar dan Gua Keris. Di satu sudut Gua Keris anda boleh melihat cahaya matahari yang masuk dari celah-celah bongkah sehingga menampakkan cahaya tertumpu. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini.

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan

Pantai ini menjadi satu pantai paling digemari oleh pelancong kerana letaknya paling dekat dengan bandar Kota Bharu. Jika tidak musim cuti, penduduk tempatan menjadikan pantai ini sebagai destinasi tumpuan untuk perkelahan di hujung minggu. Pantai ini mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Jika anda menginap di sekitar Khota Bharu, anda mesti menjejakkan kaki di sini kerana anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.

Pantai Geting, Tumpat

pantai geting

Pantai Geting boleh menjadi tempat peranginan yang tidak kalah popular dengan Pantai Cahaya Bulan di Kelantan. Pantai Geting terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh. Jika anda melawat di sini, anda dapat menikmati persekitaran yang cantik dan pemandangan yang indah. Kawasannya sangat luas, anda boleh bermain layang-layang bersama anak anda.

Taman Air Splash

Taman Air Splash

Taman Air Splash menjadi satu-satunya taman air di Taman Indera Petra, Kota Bharu. Anda mesti berkunjung bersama seisi keluarga semasa cuti sekolah mahupun hujung minggu. Taman Air Splash sebenarnya satu tempat yang tidak ramai orang tahu kerana letaknya agak tersorok walaupun berada di bandar Kota Bharu. Di sini terdapat 3 jenis kolam berdasar pada tahap kedalaman, tetapi tidak ada kolam dalam untuk orang dewasa berenang, hanya paras pinggang orang dewasa sahaja.

Inilah senarai tempat menarik di Kelantan yang terbaik untuk percutian anda bersama keluarga. Semoga membantu anda mencari tempat percutian untuk musim cuti anda. Mesti baca juga senarai tempat menarik di Johor Bahru untuk percutian lainnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *