Tempat Menarik di Kuching Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Kuching – Kuching merupakan ibukota Serawak, negara bahagian Malaysia yang terletak di kawasan Malaysia Timur. Sebagai ibukota Serawak, Kuching menjadi salah satu bandar besar di Malaysia yang menawarkan beberapa destinasi pelancongan dan tempat menarik di Kuching untuk dikunjungi. Kuching juga menjadi ibukota bahagian Kuching, yakni salah satu dari sebelas bahagian pentadbiran di Sarawak, di kawasan Malaysia Timur yang berada di pulau Borneo.

Kuching dilalui oleh aliran Sungai Serawak yang terletak di hujung barat daya negara bahagian Sarawak. Kuching menjadi bandar dengan keluasan 1,868.83 kilometer persegi yang dibahagikan menjadi dua wilayah administratif, yakni Kuching Utara dengan penduduk kira-kira 165,642 orang dan Kuching Selatan dengan penduduk kira-kira 159,490 orang, menjadikan Kuching sebagai kawasan paling padat penduduknya di Sarawak.

Padatnya penduduk wilayah tersebut, menjadikan juga banyak tempat menarik di Kuching yang dapat Anda kunjungi ketika melancong ke negara bahagian Sarawak di kawasan Malaysia Timur ini. Terdapat beberapa destinasi pelancongan yang boleh Anda kunjungi di Kuching ini, seperti kawasan rekreasi alam yang meliputi pantai Damai, menjelajah gua – gua di Fairy Cave dan Wind Cave serta menikmati sensasi dataran segar dan sejuk di Borneo Highland, dan lain sebagainya yang ditawarkan di bandar ini. Beberapa tempat menarik yang disyorkan untuk Anda yang nak melancong ke Kuching diantaranya.

Tempat Menarik di Kuching

Pantai Damai

pantai damai

Pantai Damai merupakan salah satu pantai yang terletak di negara bahagian Sarawak. Pantai Damai terletak di Semenanjung Santubong, dengan jarak tempuh sekitar 35 minit memandu dari bandar Kuching. Pantai Damai merupakan pantai indah yang terletak di kaki gunung Santubong, apabila Anda melakukan trekking gunung Santubong, Anda akan melihat pantai Damai di kaki gunung Santubong. Di pantai Damai ini terdapat beberapa resort yang menawarkan pengkhidmatan terbaik kelas dunia seperti Damai Beach Resort, Damai Puri Resort & Spa dan One Hotel Santubong. Selain resort yang menawarkan pengkhidmatan terbaik, di pantai Damai ini juga Anda disajikan kawanan ikan lumba – lumba yang berenang di sepanjang Sungai Salak, muara Santubong dan Teluk Bako-Buntal.

Fairy Cave dan Wind Cave

Fairy Cave dan Wind Cave

Fairy Cave merupakan pintu masuk terbesar bagi lubang angin atau Wind Cave yang merupakan Taman Nasional kecil yang berbentuk gua yang berada di kawasan Kuching. Perjalanan menuju Fairy Cave dapat ditempuh dengan berkendara selama kurang lebih 45 minit dari bandar Kuching. Fairy Cave ini berjarak hanya beberapa minit dari Wind Cave yang merupakan gua yang terbentuk daripada beberapa lintasan sungai yang melewati batuan – batuan yang menuju ke hilir di sungai Sarawak. Di tempat ini terdapat stalagtit dan stalagmite yang menjadi tempat persembunyian kelelawar dan serangga – serangga kecil di gua. Beberapa peralatan yang baiknya Anda persiapkan ketika melawati gua ini adalah senter, air mineral, tour guides dan makanan secukupnya. Hal ini kerana tempat ini terletak di daerah perhutanan.

Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah

Tempat menarik di Kuching yang patut Anda kunjungi selanjutnya adalah Taman Negara Kubah. Kubah National Park atau Taman Negara Kubah merupakan salah satu taman negara yang berada di daerah Sarawak, terletak kurang lebih 30 Km atau 40 minit memandu dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Di Taman Negara Kubah ini Anda boleh melakukan pendakian ke Puncak Gunung Serapi, yang ditempuh dalam masa 3,5 jam. Selain itu, Anda juga boleh menikmati keindahan Air Terjun Gunung Serapi dengan ketinggian 10 meter dan kolam yang berada di bawahnya. Di Taman Negara Kubah ini juga terdapat pemuliharaan binatang – binatang seluas 440 meter persegi yang meliputi rusa sambar, buaya, musang civet, beruang matahari, landak, binutrong, siamang dan orang utan.

Kuching Wetland National Park

Kuching Wetland National Park

Kuching Wetland National Park atau yang dapat disebut Taman Negara Tanah Lembap Kuching adalah salah satu taman negara yang ada di Malaysia. Taman Negara Tanah Lembap Kuching ini berjarak 30 Km dari Kuching, dengan luas 66,1 km persegi yang meliputi wilayah pantai, laut, dan ekosistem air tawar. Beberapa haiwan yang boleh dijumpai di tempat ini antara lain beberapa primat seperti proboscis monkey, long-tailed macaques dan silvered langurs atau lutung abu – abu, kemudian helang laut berjenis white-bellied sea eagle, dan ikan kecil jenis gobies yang dinamakan mudskippers.

Borneo Highland

Borneo Highland

Borneo Highland atau dataran tinggi Borneo merupakan salah satu daya tarik terkenal yang ada di Kuching, Sarawak. Borneo Highland ini berjarak 60 km dari bandar Kuching yang terletak di sempadan antara Sarawak dan Borneo dengan ketinggian 1000 meter diatas permukaan laut. Borneo Highland boleh menjadi alternatif Anda dalam bercuti dan melancong di Sarawak. Hal ini kerana tempat menarik di Kuching ini menawarkan kesejukan udara dan airnya, serta menyuguhkan beberapa tempat bersantai seperti spa dan cafe – cafe yang terletak di ketinggian. Di tempat ini juga terdapat tempat menarik yang patut dilawati oleh para pelancong, diantaranya adalah Kebun Bunga, Taman Kelinci, Kebun Hortikultura, Kebun Organic, Air Terjun Simangas dan Chinnese Tea House.

Inilah senarai tempat menarik di Kuching terbaik untuk percutian yang boleh anda lawati bersama keluarga. Semoga artikel ini membantu anda mencari tempat percutian menarik di musim cuti anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *