Tempat Menarik di Langkawi Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Langkawi – Pulau Langkawi ialah satu pulau bebas cukai yang boleh anda kunjungi bila bercuti atau mencari tempat menarik untuk percutian. Adanya kemudahan pengangkutan memudahkan anda melakukan perjalanan ke Pulau Langkawi. Tapi tahukah anda bila terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Langkawi?

Tempat Menarik di Langkawi

Dataran Lang

dataran lang

Bila anda pertama sekali ke Dataran Lang, anda pasti berjumpa replika burung helang setinggi 12 m yang menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi. Air pancut dan panorama di Jeti Kuah mampu memukau anda, terutama di waktu malam.

Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi

Kereta kabel ini boleh membawa anda ke puncak Gunung Mat Cincang yang tingginya 708 m hanya dalam masa 15 minit sahaja. Tak sah bila melancong ke Pulau Langkawi bila tak naik kereta kabel. Anda akan merasai kesejukan di atas puncak dan menikmati panorama hijau pegunungan.

Sky Bridge Langkawi

Sky Bridge Langkawi

Bila anda sudah naik kereta kabel, di penghujungnya terdapat sebuah jembatan sepanjang 410 kaki yang mesti anda cuba melewatinya. Diperlukan stamina dan keberanian untuk menyeberanginya.

Underwater World

Underwater World

Di Underwater World terdapat lebih dari 500 spesies hidupan laut yang dipamerkan di sini. Jika anda peminat hidupan laut, atau nak memberikan ilmu kepada anak anda tentang hidupan laut, tempat ini cocok untuk anda kunjungi.

Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh

Bagi anda yang menyukai pemandangan alam semula jadi, Air Terjun Telaga Tujuh boleh menjadi salah satu daftar tempat menarik di Langkawi. Ia punya pemandangan cantik dengan tujuh kolam yang terpisah oleh air terjun.

Taman Marin Pulau Payar

Taman Marin Pulau Payar

Bagi anda yang suka aktiviti snorkel atau menyelam, Taman Marin Pulau Payar boleh anda kunjungi bersama keluarga. Kalau tak pandai pun tak apa, kerana telah disediakan sebuah observatori bila anda nak melihat keindahan dasar laut dan hidupannya.

Island Hopping

Island Hopping Langkawi

Satu lagi yang perlu anda kunjungi. Ialah Island Hopping. Aktiviti yang boleh di lakukan sewaktu melancong ke Island Hopping adalah mandi di dalam tasik di Pulau Dayang Bunting atau memberi makan burung helang.

Banyak travel guide yang memberikan pelayanan untuk bercuti ke tempat menarik di Langkawi terbaik untuk percutian. Boleh anda kunjungi kantor atau websitenya untuk melihat senarai tempat dan harganya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *