Tempat Menarik di Perak Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Perak – Perak merupakan sebuah negeri di pantai barat semenanjung yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Banyak destinasi pelancongan yang ada di negeri perak kerana ia sangat banyak tarikan pulau, tarikan hutan lipur atau taman tema. Senarai tempat menarik di perak terbaik ini mengikut selera saya yang paling best.

Tempat Menarik di Perak

Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Anda yang ingin berkelah setelah setiap hari bekerja, boleh singgah ke sini untuk menyegarkan badan. Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi terletak di Selama. Pilih spot yang anda inginkan kerana kawasan ini sangat luas. Anda juga boleh mencuba meneroka ke kawasan lebih tinggi untuk melihat keindahan air terjun, flora dan fauna yang masih terjaga. Anda mesti hati-hati bila mahu singgah ke sini kerana perseketirannya sangat redup lantaran dikelilingi pokok-pokok besar.

Hutan Simpan Belum

Hutan Simpan Belum

Anda yang suka aktiviti lasak dan mencabar, tempat menarik di perak ini boleh menjadi salah satu destinasi yang tepat. Hutan simpan ini sesuai untuk jungle trekking, hiking, berakit dan mendaki. Anda boleh melihat bunga terbesar di dunia, Rafflesia, disini. Terdapat juga serangga hutan yang pelik dan menarik. Namun mesti diingat bahawa anda mesti mendapatkan permit untuk sebarang aktiviti di sana sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh percutian dan pelancongan.

Taman Herba Perak

Taman Herba Perak

 

Anda yang nak mendapatkan tanaman herba segar untuk kesihatan, aromaterapi mahupun perubatan, anda boleh melawati Kampung Payang, Batu Gajah. Ada 500 spesies herba ditanam di sini seperti hempedu bumi, kucing galak, kacip fatimah, daun sekentut, dan masih banyak lagi. Tempat ini juga biasa dijadikan sebagai port untuk memancing. Anda tak perlu risau kerana disini banyak kemudahan prasarana seperti dewan dan tapak perkhemahan.

Sungai Klah Hot Spring

Sungai Klah Hot Spring

Nak sihat tidak mesti mahal. Anda boleh mengunjungi Sungai Klah Hot Spring yang memiliki kolam air panas semula jadi yang popular di Sungkai dengan pemandangan alam semula jadi yang hijau. Berendam air panas boleh melancarkan darah dan menghilangkan penyakit kulit. Bila mahu yang spesial, turut disediakan laluan refleksologi yang mengalirkan air panas.

Bukit Larut

Bukit Larut

Anda nak merasakan suasana sejuk? Cubalah untuk naik ke Bukit Larut. Bukit Larut dikenal sebagai kawasan paling lembap di Perak. Suhu di sini sekitar 10-24 darjah celcius. Anda perlu menaiki kereta sejenis jeep kerana kedudukannya kira-kira 1,250 m di atas paras laut. Terdapat tempat penginapan bagi anda yang nak mengambil percutian di sini.

Negeri perak merupakan negeri yang sangat luas. Terlalu banyak tempat menarik di Perak terbaik yang sesuai untuk percutian bila di bahas semua di sini. Tidak perlu susah melancong ke luar negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *