Tempat Menarik di Selangor Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Selangor – Bila mencari tempat menarik di Selangor untuk percutian, pasti kebanyakan memberitahu tempat yang sudah biasa di lawati, seperti i-City, Sunway Lagoon, Kidzania, Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Taman Botani, atau Taman Tasik. Bagi orang yang sering ke sana, tentu menggaru kepala bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah pendek. Bosan nak ke sana? Di sini saya akan kongsikan senarai tempat menarik di selangor yang tidak banyak orang tahu. Lebih-lebih lagi bila hujung minggu atau cuti sekolah, sudah pasti ramai yang merancang untuk berjalan-jalan bersama seisi keluarga.

Tempat Menarik di Selangor

Air Terjun Kemensah, Ulu Klang

Air Terjun Kemensah

Air Terjun Kemensah sangat sesuai untuk anda yang mahu bersama alam semula jadi sambil mandi di air terjun. Air terjun ini tidak jauh daripada Zoo Negara. Terdapat chalet yang boleh anda sewa semalaman dengan seisi keluarga untuk bersantai tanpa perlu jauh daripada bandar. Pastikan anda membawa makanan lebih kerana agak sukar dapat makanan di sini.

Asian Water Sport Village, Punchong

Asian Water Sport Village

Pasti ramai tidak tahu tempat menarik di selangor untuk percutian dan pelancongan yang satu ini. Ia merupakan satu-satunya Pusat Sukan Air Berlesen di Lembah Klang. Bila nak menikmatinya, tak perlu pergi jauh. Ia mempunyai pantai persenderian bagi anda yang nak melakukan aktiviti sedikit privasi. Tersedia pakej yang cukup menarik yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti banana boat, masak barbeku, khemah, masak ikan, dan aktiviti team building jika anda mahu untuk syarikat anda.

Gold Coast Morib Resort, Banting

Gold Coast Morib Resort

Tempat menarik di Selangor lainnya terletak di Kuala Langat. Ia merupakan pilihan utama pengunjung apalagi di hujung minggu dan cuti sekolah. Ia adalah tempat yang sesuai untuk bersantai dan jauh dari kesibukan kota. Resort ini memiliki luas 14 ekar dengan menawarkan pemandangan paya bakau dan laut yang menarik.

Air Terjun Kanching, Selayang

Air Terjun Kanching

Kebanyakan orang bila melawat ke Hutan Lipur Kanching, tak nak masuk ke dalam-dalamnya. Padahal bila masuk ke dalam, anda boleh mendapatkan pemandangan air terjun yang menarik. Cuma ambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun ini dengan jalan kaki. Air terjun di sini memiliki 7 tingkat. Semua penat lelah akan hilang bila lepas dengar seruan air terjunnya. Jangan terkejut kerana di sini pelancong asing banyak singgah.

Bukit Gasing, Petaling Jaya

bukit gasing

Bukit gasing boleh menjadi satu tempat untuk bercuti di hujung minggu untuk menepi dari kesibukan kerja dan menghirup udara segar semula alam jadi. Bukit gasing terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Di sini ada walkway yang cukup membuat anda rasa gayat sebentar.

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Selangor untuk percutian yang masih ramai orang tidak tahu, bahkan anak jati Selangor pun tak pernah lawati sebelumnya. Anda tidak perlu pusing lagi nak kemana bila masa cuti sekolah atau hujung minggu kerana anda sudah tahu tempat menarik di atas. Bila masih pusing, anda boleh pakej yang disediakan berbagai travel guide untuk melihat destinasi menarik lainnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *