Tempat Menarik di Kuantan Terbaik Untuk Percutian

Posted on

Tempat Menarik di Kuantan – Kuantan adalah salah satu bandar di negara bahagian Malaysia, dan Kuantan menjadi ibu kota dari wilayah Pahang. Kuantan terletak di wilayah pesisir Timur dari semenanjung Malaysia. Bandar ini didiami oleh kurang lebih 600.000 penduduk. Sebagai salah satu ibu kota wilayah, ada pelbagai tempat menarik di Kuantan yang terkenal dan wajib dikunjungi ketika melancong ke wilayah tersebut.

Mula dari pantai, air terjun, dan juga pemandangan dari ketinggian bukit. Untuk perjalanan menuju wilayah Kuantan ini dari pusat kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur dapat ditempuh dalam waktu kurang lebih 3 hingga 4 jam. Jika Anda memang merancang percutian ke wilayah Kuantan ini maka berikut adalah tempat-tempat menarik di Kuantan yang disyorkan untuk Anda kunjungi.

Tempat Menarik di Kuantan

Pantai Cherating

Pantai Cherating

Pantai Cherating adalah salah satu spot paling popular dan menarik di wilayah Pahang. Letak pantai ini memang terbilang cukup jauh dari pusat bandar Kuantan, kurang lebih kira-kira 47 km atau 45 menit perjalanan. Pantai Cherating merupakan salah satu pantai yang berada di wilayah yang strategik, iaitu berada di jalur transit antara Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, dan juga Pulau Ular. Inilah salah satu alasan mengapa pantai ini juga menjadi salah satu spot yang banyak dikunjungi oleh para pelancong. Selain itu Pantai Cherating juga memiliki pesonanya sendiri iaitu pasir pantai yang berwarna keemasan yang diiringi dengan desiran ombak saat menghempas Karang. Ombak yang beralun di Cherating juga cocok untuk para wisatawan yang gemar melayar. Untuk masalah tempat bermalam, Anda tidak perlu bimbang karena ada banyak cottage dan penginapan yang berada di sepanjang pesisir pantai Cherating.

Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City

Jika Anda mencari tempat menarik di Kuantan yang cocok untuk berlibur bersama seluruh keluarga, Bukit Gambang Resort City adalah salah satu pilihan yang tepat. Bukit Gambang Resort City berada tidak terlalu jauh dari bandar Kuantan iaitu sekitar 35-40 km. Kawasan ini termasuk spot pelancongan yang terbilang baru, pasalnya Bukit Gambang Resort City ini baru popular kurang lebih 4-5 tahun ini. Di sini Anda boleh mengajak seluruh keluarga untuk menikmati hari liburnya, karena Bukit Gambang Resort City menawarkan dua pilihan wahana atau spot percutian yang menarik iaitu Water Park dan Safari Park. Di dalamnya banyak wahana menarik yang boleh Anda sekeluarga nikmati bersama.

Air Terjun Sg. Pandan

Air Terjun Sg. Pandan

Tempat menarik di Kuantan selanjutnya adalah Air Terjun Sg. Pandan. Dari namanya tentu Anda sudah boleh membayangkan tempat pelancongan seperti apa yang ditawarkan di Air Terjun Sg. Pandan ini. Ya, tentu saja panorama pemandangan alam yang berupa air terjun yang terbilang unik dan indah. Di kawasan Air Terjun Sg. Pandan ini Anda boleh menikmati panorama air terjun berundak yang epic. Berbeza dengan air terjun lainnya yang hanya berupa satu aliran saja, Air Terjun Sg. Pandan ini memiliki aliran air terjun yang bercabang di setiap tingkatannya. Dari kejauhan pemandangan Air Terjun Sg. Pandan ini kelihatan sangat menarik. Untuk masa lawatan ke kawasan Air Terjun Sg. Pandan ini dihadkan hanya bermula dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi

Spot selanjutnya yang wajib Anda kunjungi saat melawat ke Kuantan adalah Air Terjun Pelangi. Spot pelancongan yang satu ini terbilang jauh dan cenderung membutuhkan tenaga tambahan kerana perjalanan bisa mencapai kira-kira 1 hingga 2 jam untuk benar-benar tiba di kawasan Air Terjun Pelangi tersebut. Jalan yang ditempuh untuk menuju ke spot tersebut pun tidak semudah beberapa tempat wisata sebelumnya. Untuk tiba di wilayah tersebut pun Anda harus melalui jalur trekking hutan dan juga menggunakan 4WD. Seterusnya untuk mendapatkan pemandangan pelangi di Air Terjun ini Anda dinasihatkan untuk datang lebih pagi saat pantulan cahaya matahari masih sangat bagus.

Bukit Panorama

Bukit Panorama

Tempat menarik di Kuantan yang terakhir adalah Bukit Panorama. Di sini Anda boleh mendapatkan pemandangan landskap yang sangat indah yang dilihat dari ketinggian. Tempat pelancongan ini terkadang dijadikan tempat untuk mengabadikan momen sunset atau sunrise yang indah. Perjalanan menuju ke puncak bukit Panorama terbilang cukup jauh iaitu mencapai kurang lebih 1.100 anak tangga. Adapun ketinggian bukit yang satu ini kira-kira 1.200 kaki. Sebelum melawat bukit ini Anda hendaknya mempersiapkan diri terlebih dahulu agar kuat mencapai puncak Bukit Panorama.

Selain beberapa tempat di atas sebenarnya masih ada beberapa kawasan pelancongan dan tempat menarik di Kuantan yang boleh Anda lawati seperti misalnya Teluk Cempedak, Pantai Balok, Taman Teruntum, Panching Caves, dan masih banyak lagi. Anda boleh juga melihat tempat menarik di Kelantan sebagai alternatif percutian anda. Untuk Anda yang sedang menjalani masa percutian, selamat bercuti dan selamat bersenang-senang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *